Thursday, September 27, 2012


Assalamualaikum dan salam senyum simpul…
Wah dah berhabuk blog ini, admin memohon maaf sebab dah lama tak update.. ada yang tertunggu-tunggu ke? Hehehe…
Ok taraa… cuit-cuit aksi menarik menceritakan suka-suki kami di sini J

~Aktiviti sepanjang Mei 2012~

Pemeriksaan dan penjagaan gigi…

Awal pagi lagi admin dah ternanti-nanti mana la teman-teman dari Klinik gigi daerah Rembau ini nak tiba. Anak-anak PERMATA dah tak sabar lagi nak jumpa. (hem sebenarnya ada je yang takut nak jumpa Doktor gigi, admin rasa mesti ada yang menangis punya nanti.. ala macam admin dulu, waktu kecil-kecil dulu. Hehehe)











Sebenarnya masa ni tengah adakan mesyuarat bulanan, tak sangka pula ibu bapa kat sini adakan ‘surprise party’ untuk kami para pendidik PAPN Chembong + hari ibu… wah dapat survinier khas lagi. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang merancang… tahun depan adakan lagi ye. (ops itu kata-kata admin aja…)







Hari sukan

Gembiranya bila bersukan di tepi pantai yang indah. Waktu ini la nak lebih mengenali dan merapatkan silaturahim antara para pendidik bersama keluarga anak-anak PERMATA Chembong.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
Acara dimulakan dengan aktiviti anak-anak, . Diikuti dengan aktiviti kumpulan yang disertai oleh ibu dan ayah (kaki tiga). Seterusnya aktiviti lelaki berkumpulan iaitu bola sepak kain pelikat dan dadu beracun serta aktiviti untuk kanak-kanak luar.
Oleh kerana hari ini merupakan hari terakhir Teacher Yani berkhimat di sini, kami warga PAPN Chembong turut meraikan perpisahan ini dengan suasana yang sayu + gembira.





Hari perkembangan kanak-kanak (17/05/12)








~Aktiviti sepanjang Jun 2012~

Lawatan ke Aquaria(26/6/12)

Team PAPN Chembong menaiki sebuah bas mengadakan lawatan ke Aquaria sempena tema haiwan. Kali ini anak-anak PAPN Chembong di dedahkan secara life tentang haiwan (mejoritinya) di air. Walau dalam kepenatan kami sempat rehlah di taman KLCC. (duduk atas rumput bersebelahan masjid KLCC)
*wow, dapat pegang ikan jerung lagi… er….











MAHA2012 (29/06/12)

Alang-alang ada MAHA2012 dalam bulan bertemakan haiwan, warga PAPN Chembong berkonvoi ke Paroi untuk melihat pelbagai jenis haiwan yang di pamerkan di sini. (seronok!!!)








~Aktiviti sepanjang Julai 2012~

Bumi hijau (15/07/12)

Aktiviti punggah dan tanam di sekitar PAPN Chembong. Admin mewakili warga PAPN Chembong mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pertanian Rembau atas sumbangan pokok-pokok yang di berikan. Para ibu bapa juga tidak melepaskan peluang turut menyumbangkan pelbagai tanaman untuk menyuburkan tanah PAPN Chembong. Jazakumullahu khairan (semoga Allah berikan kebaikan atas apa yang kamu lakukan)



















~Aktiviti sepanjang Ogos 2012~

Iftar 2012

Selamat berpuasa semua! Hari-hari bila para pendidik bertanya kepada anak-anak “ siapa yang puasa hari ini, angkat tangan…” mejoriti mereka yang angkat tangan… (alahai padahal baru je sarapan)
*iftar bersama (makanan di bawa oleh keluarga masing-masing, Alhamdulillah banyak yang sampai ke tangan para pendidik)
*solat maghrib, isyak dan terawikh berjemaah (Alhamdulillah..)
*Aktiviti anak-anak (mewarna gambar suasana hari raya, main bunga api(yang ni paling seronok)











~Aktiviti sepanjang September 2012~

Sambutan hari raya


















Tema kenderaan



~Aktiviti sepanjang Oktober 2012~

*nantikan ya post seterusnya (peace)