Sunday, January 23, 2011

AKTIVITI DI PAPN CHEMBONG

BERMAIN TEPUNG (1-2 THN)
MEMBUAT CAPAN TAPAK TANGAN DENGAN DUA WARNA (BIRU DAN KUNING) - 3 THN
BELAJAR MENGIRA DAN MEWARNA (4 THN)
AKTIVITI BULANAN BAGI BULAN JANUARI IAITU BERTEMAKAN SESI ORIENTASI AKAN DI ADAKAN PADA 29/01/2011 - HARI SABTU DARI PUKUL 8.30 - 12.30 TGH....

SEM0GA BERJAYA UNTUKSEMUA ~ =)

Thursday, January 13, 2011

Mesyuarat Agung kali Pertama bagi tahun 2011

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia buat semua pengunjung blog PAPN Chembong..
Di maklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kali Pertama bagi Tahun 2011 telah diadakan di PAPN Chembong pada 12 Januari 2011 bersamaan hari Rabu pada pukul 5.30 ptg sehingga 7.20 ptg..Mesyuarat telah di pimpin oleh Ketua Penyelaras Cik Nurbeusra binti Hamedan dan ianya berjalan dengan lancar. Seramai 32 orang ibu bapa telah hadir dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PIBP bagi tahun ini juga telah di lantik dengan sokongan ramai dari ahli persatuan. Berikut antara nama AJK Tertinggi PIBP bagi tahun 2011.

Penasihat PIBP : Cik Nurbeusra Hamedan
Pengerusi PIBP : En. Ahmad Kamal
Timb. Pengerusi : Pn.Normazziah bt Mahmud
S/U 1 : Pn. Kamaliadriwanti bt Muhd Faizal (pendidik)
S/U 2 : Pn Rohaidah
Bendahari : Pn. Mimi Idayu bt Nordin
Pemeriksa kira-kira : Cik Nurul Dian Farhana bt Md.Sauman

Kami mengharapkan agar AJK Tertinggi PIBP pada tahun ini sentiasa memberikan sokongan dan menjadi tulang belakang kami pendidik untuk melaksanakan segala aktiviti PERMATA dengan lebih baik dan berkesan. Tahniah buat semua ahli Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik PERMATA yang sentiasa memberi kerjasama....=)


Tuesday, January 11, 2011

Antara Aktiviti Pembelajaran yang di lakukan....

1-2 Tahun bermain air kolam....kanak-kanak memang suka dengan air -)
Anak 3 tahun (kenali rakan Saya)


4 tahun (mengenal warna dan susunan mengikut saiz)


4 tahun (bercerita dan pergerakan fizikal)

Monday, January 3, 2011

Hari pertama persekolahan di PAPN Chembong

Salam semua,hari ini (3.1.2011) merupakan hari yang di nanti-nantikan oleh semua ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke Pusat Anak PERMATA Negara,Chembong...SEramai 11 orang kanak-kanak yang telah selesai mendaftar bagi kemasukan untuk pertama kali dan seramai 18 orang kanak-kanak lama yang telah hadir ke sekolah pada hari ini.....semuanya berjalan dengan lancar =)
kaunter mendaftar...
penyambut tetamu dengan senyum manis =)
masih menunggu pendaftaran kanak-kanak baru & lama
Sesi taklimat daripada ketua pendidik kepada ibu bapa yang baru mendaftar anak bagi tahun 2011
selamat datang...=)
Memperkenalkan pendidik dan ppm serta ruang belajar anak2