Saturday, February 26, 2011

Perarakan Maulidur Rasul 2011 Peringkat Daerah Rembau

Salam Muhibbah,dan salam 1 Malaysia untuk semua pengunjung blog.....

Pada 25.02.2011 bersamaan hari Jumaat kami warga PAPN Chembong telah bersama-sama menyertai perarakan sempena menyambut Hari Maulidur Rasul di Dataran Rembau...Ini merupakan kali pertama kami menyertai acara perarakan seperti ini. Tujuan asal ialah supaya dapat memberi anak-anak satu pengalaman sepanjang acara perarakan di samping dapat menanam sifat mengingati  dan sayangkan Baginda Rasulullah s.a.w sempena Hari Kelahiran Baginda s.a.w. Walaubagaimana pun, niat asal kami telah di hadiahi juga dengan kemenangan untuk pertandingan perarakan pada hari tersebut. PAPN Chembong telah mendapat johan dan mendapat wang sebanyak RM 500.00.Betapa terharu dan bersyukurnya kami kerana ianya sedikit sebanyak dapat menambah wang di dalam tabung persatuan PIBP...Tahniah kepada anak-anak di atas semangat berselawat walaupun penat berjalan, kepada guru-guru,guru praktikal KPLI PERMATA dan ppm yang tidak putus-putus memberi komitmen yang baik dalam menjaga anak-anak, juga ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan semangat di dalam apa jua yang ingin pihak dari PAPN jalankan. Saya selaku ketua penyelaras dan mewakili semua guru dan ppm mengucapkan setingi-tinggi terima kasih kepada semua ibu bapa yang terlibat.....
Kenangan kemenangan dan kegembiraan semalam masih lagi terasa sehingga hari ini......=)





Hadiah di sampaikan oleh Undang Rembau
 We are the best !!

 Pemegang sepanduk yang x lekang dengan senyuman


Peserta barisan 'Si Cilik' yang penuh semangat

Thursday, February 17, 2011

AKTIVITI BERMAIN AIR DI KOLAM 'SUKA BUMI' TAMPIN

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA....
PADA 16.02.2011 KAMI PENDIDIK PERMATA,GURU2 PRAKTIKAL KPLI PERMATA,DAN PPM TELAH KE KOLAM SUKA BUMI MEMBAWA ANAK-ANAK BERMAIN AIR DI SANA. ANAK-ANAK SERONOK DAPAT MANDI DAN BERMAIN AIR BERSAMA RAKAN-RAKAN SAMBIL MELIHAT KEADAAN PERSEKITARAN DI KAWASAN TERSEBUT YANG JUGA MERUPAKAN SALAH SATU TEMPAT YANG BIASA DILAKUKAN AKTIVITI SEPERTI KEM 'TEAM BUILDING'. MARI KITA LIHAT FOTO2 YANG SEMPAT KAMI RAKAMKAN.....=)
WAKTU : 10.30 PG - 12.00 TGH
TEMPAT : KOLAM SUKA BUMI TAMPIN
(bersebelahan dengan kawasan air terjun)





kat belakang tuh kawasan air terjun....nyaman nyerr =)

Thursday, February 3, 2011

Antara Aktiviti yang di lakukan pada 29/01/2011

Anak-anak 4 tahun (Permainan menghias roti raut orang tersenyum.....)







Permainan untuk ibu bapa......yeahhhhh hu3 makan buah sampai habis



 Bina kata-kata semangat bagi setiap kumpulan....
kump 1 :balun balun balun....ok lah tuh...
 kumpln 2 : belasah belasah belasah.......
 kumpln 3 : T.I.G.A bling3....POWER!!1
 kumpln 4 : we wil we will do it....go go go kumpln 4

Tuesday, February 1, 2011

Antara Aktiviti yang di lakukan pada 29/01/2011

Permainan untuk anak2 1-2 tahun....(beri belon yg berisi air pada ibu)

Permainan untuk anak 3 tahun (isi air di dalam botol,ayah/ibu beri span yg berisi air dan beri kpd anak utk di isi di dalam botol)




AKTIVITI BULANAN BAGI BULAN JANUARI 2011



ASSALAMMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA KEPADA SEMUA,
Di sini ingin saya berkongsi maklumat dengan semua pengunjung blog PAPN Chembong.....pada 29 Januari 2011 kami telah menjalankan aktiviti bulanan yang melibatkan penglibatan ibu bapa bersama anak-anak di PERMATA. Program ini telah di jalankan sepenuhnya oleh pendidik dan pembantu murid sendiri. Ianya bertujuan dapat bersuai kenal di antara setiap pendidik dan ibu bapa di PERMATA chembong. Aktiviti seumpama ini juga baik untuk setiap warga PIBP Chembong bagi memberi kesedaran dan pemahaman betapa pentingnya penglibatan yang mereka perlu lakukan di PERMATA setiap 4 jam sebulan. Hal ini bagi memastikan objektif dan matlamat di dalam Dasar Didikan Awal & Asuhan (PERMATA) tercapai dan terlaksana. Untuk aktiviti seterusnya akan di jalankan sepenuhnya oleh ibu bapa sendiri dan mereka telah di bahagikan kepada kumpulan masing-masing. Ianya tentu satu program @ aktiviti yang pastinya menarik =)...Just wait n see yaaa....
J0m kita lihat gambar2 yang sempat kami rakamkan sepanjang aktiviti yang dijalankan.....