Saturday, February 26, 2011

Perarakan Maulidur Rasul 2011 Peringkat Daerah Rembau

Salam Muhibbah,dan salam 1 Malaysia untuk semua pengunjung blog.....

Pada 25.02.2011 bersamaan hari Jumaat kami warga PAPN Chembong telah bersama-sama menyertai perarakan sempena menyambut Hari Maulidur Rasul di Dataran Rembau...Ini merupakan kali pertama kami menyertai acara perarakan seperti ini. Tujuan asal ialah supaya dapat memberi anak-anak satu pengalaman sepanjang acara perarakan di samping dapat menanam sifat mengingati  dan sayangkan Baginda Rasulullah s.a.w sempena Hari Kelahiran Baginda s.a.w. Walaubagaimana pun, niat asal kami telah di hadiahi juga dengan kemenangan untuk pertandingan perarakan pada hari tersebut. PAPN Chembong telah mendapat johan dan mendapat wang sebanyak RM 500.00.Betapa terharu dan bersyukurnya kami kerana ianya sedikit sebanyak dapat menambah wang di dalam tabung persatuan PIBP...Tahniah kepada anak-anak di atas semangat berselawat walaupun penat berjalan, kepada guru-guru,guru praktikal KPLI PERMATA dan ppm yang tidak putus-putus memberi komitmen yang baik dalam menjaga anak-anak, juga ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan semangat di dalam apa jua yang ingin pihak dari PAPN jalankan. Saya selaku ketua penyelaras dan mewakili semua guru dan ppm mengucapkan setingi-tinggi terima kasih kepada semua ibu bapa yang terlibat.....
Kenangan kemenangan dan kegembiraan semalam masih lagi terasa sehingga hari ini......=)





Hadiah di sampaikan oleh Undang Rembau
 We are the best !!

 Pemegang sepanduk yang x lekang dengan senyuman


Peserta barisan 'Si Cilik' yang penuh semangat

No comments:

Post a Comment