Wednesday, March 16, 2011

Aktiviti Bulanan, bulan Februari

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Apa khabar semua...harap semua pengunjung blog berada di dalam keadaan yang sejahtera hendaknya...Di sini ingin saya kongsi bersama semua pengunjung mengenai aktiviti bulanan yang telah dilakukan pada 27.02.2011    (Ahad)yang lepas. Tema bulan ini ialah Diri saya dan Keluarga Saya.Aktiviti yang kami lakukan ialah gotong royong bersama ibu bapa,pendidik dan anak PERMATA di kawasan permainan di Taman Chembong Jaya. Taman permainan ini merupakan salah satu tempat bagi aktiviti 'nature walk' kami. Aktiviti seperti ini baik bagi anak-anak kerana dapat melatih mereka supaya sentiasa memelihara kebersihan alam sekitar di mana sahaja mereka berada. Selain itu dapat mengeratkan lagi hubungan semua warga PIBP Chembong bersama anak-anak. Selepas aktiviti gotong royong, satu aktiviti di dalam PAPN pula dilakukan iaitu menghasilkan satu bahan mengikut kreativiti masing-masing yang boleh memperkenalkan mengenai keluarga mereka sendiri. Tahniah kepada Kumpulan 1 kerana berjaya melaksanakan tugasan.








No comments:

Post a Comment