Tuesday, December 20, 2011

aktiviti bulanan membuat p0ndok kecil papn

Dalam usaha untuk mencantikkan dan menambah baik persekitaran di PAPN, kami pendidik dan Ibu Bapa telah membina 1 pondok kecil bertujuan memberi peluang anak-anak berkumpul dan mempunyai tempat untuk berteduh semasa menjalankan aktiviti di luar....Usaha ini disambut baik oleh setiap ibu bapa dan kami berjaya menyiapkan pondok tersebut dengan jayanya. Kepada semua pihak yang terlibat saya ucapkan berbanyak terima kasih di atas segala sokongan dan dorongan. Terharu apabila melihat semua ibu bapa kerja keras, mandi peluh ketika menyiapkan pondok tersebut. Terima kasih semua nya,jasa dan pengorbanan anda hanya Allah dapat membalasnya... ~;)


















Monday, December 19, 2011

membawa anak menaiki keretapi

Sempena tema kenderaan bulan september yang lepas,kami telah membawa anak2 menaiki keretapi yang baru sahaja siap di Sg Gadut...Anak2 sungguh gembira dan seronok ketika menaiki keretapi.