Thursday, January 13, 2011

Mesyuarat Agung kali Pertama bagi tahun 2011

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia buat semua pengunjung blog PAPN Chembong..
Di maklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kali Pertama bagi Tahun 2011 telah diadakan di PAPN Chembong pada 12 Januari 2011 bersamaan hari Rabu pada pukul 5.30 ptg sehingga 7.20 ptg..Mesyuarat telah di pimpin oleh Ketua Penyelaras Cik Nurbeusra binti Hamedan dan ianya berjalan dengan lancar. Seramai 32 orang ibu bapa telah hadir dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PIBP bagi tahun ini juga telah di lantik dengan sokongan ramai dari ahli persatuan. Berikut antara nama AJK Tertinggi PIBP bagi tahun 2011.

Penasihat PIBP : Cik Nurbeusra Hamedan
Pengerusi PIBP : En. Ahmad Kamal
Timb. Pengerusi : Pn.Normazziah bt Mahmud
S/U 1 : Pn. Kamaliadriwanti bt Muhd Faizal (pendidik)
S/U 2 : Pn Rohaidah
Bendahari : Pn. Mimi Idayu bt Nordin
Pemeriksa kira-kira : Cik Nurul Dian Farhana bt Md.Sauman

Kami mengharapkan agar AJK Tertinggi PIBP pada tahun ini sentiasa memberikan sokongan dan menjadi tulang belakang kami pendidik untuk melaksanakan segala aktiviti PERMATA dengan lebih baik dan berkesan. Tahniah buat semua ahli Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik PERMATA yang sentiasa memberi kerjasama....=)


No comments:

Post a Comment