Assalamualaikum dan salam senyum
simpul…
Wah dah berhabuk blog ini, admin
memohon maaf sebab dah lama tak update.. ada yang tertunggu-tunggu ke? Hehehe…
Ok taraa… cuit-cuit aksi menarik
menceritakan suka-suki kami di sini J
~Aktiviti
sepanjang Mei 2012~
Pemeriksaan dan penjagaan gigi…
Awal pagi lagi admin dah
ternanti-nanti mana la teman-teman dari Klinik gigi daerah Rembau ini nak tiba.
Anak-anak PERMATA dah tak sabar lagi nak jumpa. (hem sebenarnya ada je yang
takut nak jumpa Doktor gigi, admin rasa mesti ada yang menangis punya nanti..
ala macam admin dulu, waktu kecil-kecil dulu. Hehehe)
Sebenarnya masa ni tengah adakan
mesyuarat bulanan, tak sangka pula ibu bapa kat sini adakan ‘surprise party’
untuk kami para pendidik PAPN Chembong + hari ibu… wah dapat survinier khas
lagi. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang merancang… tahun depan
adakan lagi ye. (ops itu kata-kata admin aja…)
Hari sukan
Gembiranya bila bersukan di tepi
pantai yang indah. Waktu ini la nak lebih mengenali dan merapatkan silaturahim
antara para pendidik bersama keluarga anak-anak PERMATA Chembong.
Antara aktiviti yang dijalankan
adalah:
Acara dimulakan dengan aktiviti
anak-anak, . Diikuti dengan aktiviti kumpulan yang disertai oleh ibu dan ayah
(kaki tiga). Seterusnya aktiviti lelaki berkumpulan iaitu bola sepak kain
pelikat dan dadu beracun serta aktiviti untuk kanak-kanak luar.
Oleh kerana hari ini merupakan
hari terakhir Teacher Yani berkhimat di sini, kami warga PAPN Chembong turut
meraikan perpisahan ini dengan suasana yang sayu + gembira.
Hari perkembangan kanak-kanak
(17/05/12)
~Aktiviti
sepanjang Jun 2012~
Lawatan ke Aquaria(26/6/12)
Team PAPN Chembong menaiki sebuah
bas mengadakan lawatan ke Aquaria sempena tema haiwan. Kali ini anak-anak PAPN
Chembong di dedahkan secara life tentang haiwan (mejoritinya) di air. Walau
dalam kepenatan kami sempat rehlah di taman KLCC. (duduk atas rumput
bersebelahan masjid KLCC)
*wow, dapat pegang ikan jerung
lagi… er….
MAHA2012 (29/06/12)
Alang-alang ada MAHA2012 dalam
bulan bertemakan haiwan, warga PAPN Chembong berkonvoi ke Paroi untuk melihat
pelbagai jenis haiwan yang di pamerkan di sini. (seronok!!!)
~Aktiviti
sepanjang Julai 2012~
Bumi hijau (15/07/12)
Aktiviti punggah dan tanam di
sekitar PAPN Chembong. Admin mewakili warga PAPN Chembong mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pertanian Rembau atas sumbangan
pokok-pokok yang di berikan. Para ibu bapa juga tidak melepaskan peluang turut
menyumbangkan pelbagai tanaman untuk menyuburkan tanah PAPN Chembong.
Jazakumullahu khairan (semoga Allah berikan kebaikan atas apa yang kamu
lakukan)
~Aktiviti
sepanjang Ogos 2012~
Iftar 2012
Selamat berpuasa semua! Hari-hari
bila para pendidik bertanya kepada anak-anak “ siapa yang puasa hari ini,
angkat tangan…” mejoriti mereka yang angkat tangan… (alahai padahal baru je
sarapan)
*iftar bersama (makanan di bawa
oleh keluarga masing-masing, Alhamdulillah banyak yang sampai ke tangan para
pendidik)
*solat maghrib, isyak dan
terawikh berjemaah (Alhamdulillah..)
~Aktiviti
sepanjang September 2012~
Tema kenderaan
~Aktiviti
sepanjang Oktober 2012~
*nantikan ya post seterusnya
(peace)