Thursday, January 28, 2010

Pusat Anak PERMATA Negara Chembong

LATAR BELAKANG PERMATA CHEMBONG.

Pusat Anak Permata Negara Chembong (P.A.P.N Chembong) merupakan sebuah organisasi PERMATA NEGARA bagi Negeri Sembilan yang terletak di sebuah rumah contoh yang telah memenangai Anugerah Rumah Contoh Terbaik dalam pertandingan yang telah dianjurkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohammad. Reka bentuk rumah ini telah dijadikan contoh bagi tujuan pembinaan rumah PPRT di Taman Chembong Jaya, Rembau.

Pada asalnya, rumah contoh ini dimilikki oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan. Oleh kerana PERMATA Negara sukar untuk mendapatkan tapak kosong untuk didirikan Pusat Anak Permata Negara, maka pihak JKM dengan berbesar hati telah memberikan tempat ini untuk di menubuhkan Pusat Anak PERMATA Negara bagi mewakili organisasi PERMATA NEGARA di Chembong, Rembau Negeri Sembilan.

BILA P.A.P.N CHEMBONG MULA BEROPERASI?

  • Pusat Anak Permata Negara Chembong mula beroperasi pada 7 Februari 2008
  • Pada 19 Februari 2008, merupakan hari pendaftaran kanak-kanak seramai 20 orang bagi kemasukkan pengambilan Fasa Pertama
  • Pada 25 Februari 2008, merupakan hari pertama kanak-kanak berada di Pusat Anak Permata Negara Chembong
  • Pada 12 Mei 2008, bagi memenuhi kuota baru kanak-kanak. Pengambilan Fasa Kedua, P.A.P.N Chembong telah menambah seramai 12 orang kanak-kanak.
  • Pada tahun 2010, PAPN Chembong kini mempunyai seramai 36 orang anak PERMATA.

DIMANA LOKASI PUSAT ANAK PERMATA NEGARA CHEMBONG?.

ALAMAT: PUSAT ANAK PERMATA NEGARA CHEMBONG
RUMAH CONTOH NO. 5 & 6,
LORONG TCJ 3,
TAMAN CHEMBONG JAYA,
71300 REMBAU NEBERI SEMBILAN

10 minit dari Pekan Rembau, Negeri Sembilan
35 minit dari Bandar Seremban, Negeri Sembilan
45 minit dari Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Plaza Tol Pedas/Linggi
Berdekatan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah REMBAU, Balai Bomba REMBAU dan Institiut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pedas


1 comment:

  1. kepada semua pelawat boleh memberi komen anda bagi kebaikan PERMATA kini dan selamanya...

    ReplyDelete