Tuesday, April 27, 2010

Aktiviti Bulanan PAPN Chembong (Mac-April) 2010

Salam 1 Malaysia di ucapkan kepada semua,terima kasih kerana sudi melawati blog Pusat Anak PERMATA Negara Chembong mahupun ada yang turut melawati blog PAPN yang lain. Berikut adalah antara aktiviti yang telah dilakukan di PAPN Chembong bagi bulan Mac-April.

* Pada 27 Mac 2010 bersamaan hari Sabtu,satu aktiviti sukaneka telah diadakan di Surau Taman Chembong Jaya dan aktiviti tersebut berjalan lancar berikutan kerjasama yang baik di antara pendidik dan ibu bapa.Pelbagai aktiviti sukaneka yang menarik telah di jalankan.

* Pada 6 April seramai 40 orang pelawat(termasuk kanak-kanak & ibu bapa)dari Taska KEMAS PKM Kuala Pilah N9 datang melawat PAPN Chembong bagi melihat rutin harian @aktiviti harian yang dilakukan di Pusat kami. Terima kasih kerana sudi membuat lawatan di sini.

* Pada 19 April 2010, hari Isnin, seramai 20 orang peserta dari UPSI telah mengadakan lawatan kerja di PAPN Chembong. Lawatan ini terdiri daripada kakitangan Taska PERMATA UPSI  dan pihak pentadbiran NCRDC.

*Seterusnya, baru-baru ini PAPN kami telah menjalankan aktiviti bulanan bertemakan 'Deria" pada 25 April 2010 bersamaan hari Ahad. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada setiap ibu bapa yang terlibat bersungguh-sungguh bagi menjayakan aktiviti tersebut. Tahniah di ucapkan kepada warga kumpulan 3 yang terlibat.

No comments:

Post a Comment